Posted on: 16/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru berjalan lancar dan sudah mencapai 85 peratus siap, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, semalam.

Beliau berkata landasan berkembar itu dijangka siap sepenuhnya, pada pertengahan tahun hadapan.

“Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sedang menunggu satu depot yang sedang dibuat di Kempas untuk siap dan ia memerlukan sedikit masa.

Selain itu, kita akan menggunakan kaedah ‘partial completion’ bagi menguji perkhidmatan tren elektrik (ETS) menggunakan landasan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Stesen KTM Kluang, di sini semalam.

Projek landasan berkembar sepanjang 192 kilometer itu, akan melalui 11 stesen dengan tren berkuasa 25,000 voltan itu akan bergerak selaju 140 kilometer sejam dan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah 3 jam 30 minit.

Sumber: BERNAMA