Posted on: 22/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan di tiga negeri di utara bermula hari ini hingga Rabu. 

Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Sumber: BERNAMA