Posted on: 22/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka pagi ini kekal seperti malam tadi manakala Selangor merekodkan penurunan, namun jumlah mangsa di Perak menunjukkan peningkatan.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 62 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Tangkak dan Segamat.

Di MELAKA, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, jumlah mangsa di Daerah Alor Gajah kekal dengan 11 orang daripada empat keluarga dari Kampung Pulau dan Kampung Belimbing yang masih berada di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal.

Di SELANGOR, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 391 orang berbanding 400 orang malam tadi, dan kesemua mereka ditempatkan di sembilan PPS iaitu empat di Kuala Selangor dan lima di Kuala Langat. 

Di PERAK, mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 780 orang daripada 222 keluarga yang berlindung di sembilan PPS. Selain itu, beberapa jalan di Daerah Kerian dan Perak Tengah sudah boleh dilalui semua kenderaan ringan.

Sumber: BERNAMA