Posted on: 25/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia berharap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India  memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Perdana Menteri berkata demikian dalam ciapannya hari ini menjawab dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri India Narendra Modi yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, Khamis.

“Thank you PM@narendramodi, India is an important partner for Malaysia. I’m looking forward to working closely with you to strengthen ties and cooperation in various areas including trade investment and culture (Terima kasih PM@narendramodi, India adalah  rakan kongsi penting bagi Malaysia. Saya berharap dapat bekerjasama  rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan perdagangan dan budaya),” kata Anwar dalam ciapannya di Twitter.

Terdahulu Modi dalam ciapannya mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya dan menyatakan minatnya untuk meningkatkan perkongsian strategik India-Malaysia.

“Congratulations Dato’ Seri @anwaribrahim on your election as the Prime Minister of Malaysia. I look forward to working closely together to further strengthen India-Malaysia Enhanced Strategic Partnership (Tahniah Dato’ Seri @anwaribrahim atas pemilihan  anda sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap dapat bekerjasama rapat untuk mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik Dipertingkat India-Malaysia,” kata Modi. 

Sumber: BERNAMA