Posted on: 16/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memperkenalkan  Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab informasi digital berciri mesra pengguna, interaktif dan terkini buat pengamal media.

JAPEN dalam kenyataan semalam memaklumkan sistem berkenaan yang mula beroperasi Isnin lepas merupakan perkhidmatan penyampaian maklumat yang ditawarkan jabatan itu dengan kerjasama kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman media seluruh negara.

“Sistem tersebut  meliputi penyampaian maklumat secara digital kepada pihak media seperti Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan. 

“Pembangunan sistem ini juga selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital seterusnya sebagai satu kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa,” menurut kenyataan itu. 

Sistem D-Media boleh diakses oleh pengamal media dan orang awam menerusi pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/.

Sumber: BERNAMA