Posted on: 19/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Malaysia Madani sebagai kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak.

Pengumuman itu dibuat dalam amanat bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut adalah enam tonggak Madani: keMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan, Ihsan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara, tetapi turut menyentuh mengenai pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani disasarkan untuk dijadikan dasar  bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan  meliputi  ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar.

Sumber: BERNAMA