Portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR)
Portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR) merupakan pusat sehenti digital untuk dimanfaatkan oleh warga maya bagi mendapatkan maklumat tentang kemudahan, fasiliti dan peluang yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia yang berperanan untuk memasarkan maklumat kerajaan melalui pelbagai kaedah komunikasi yang strategik dan berkesan selari dengan perkembangan semasa.
Selain itu, Portal PMR ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian masyarakat terhadap maklumat berkaitan jabatan dan agensi kerajaan yang lebih meluas dan meningkatkan sistem penyampaian maklumat dan dasar-dasar kerajaan dengan memastikan paparan kandungan yang bersesuaian, tepat dan semasa.
Pusat Maklumat Rakyat (PMR)
Pusat Maklumat Rakyat (PMR) turut menjadi hub maklumat kepada masyarakat setempat yang beroperasi di setiap Pejabat Penerangan Daerah. PMR berperanan sebagai ‘focal point’ dan pusat rujukan yang berwibawa dalam menyalurkan maklumat dan melayani pertanyaan masyarakat berkaitan kerajaan dan kenegaraan. Orang awam boleh mendapatkan maklumat dan kemudahan lain yang disediakan dengan mengunjungi PMR di Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negara.
Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh PMR di seluruh negara adalah seperti berikut:
- Bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia untuk rujukan dan edaran secara percuma
- Kemudahan internet
- Edaran Poster (Yang di-Pertuan Agong, Barisan kabinet dan lain-lain)