Pada 17 September 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullai, mengumumkan tujuh simbol yang menjadi asas Malaysia. Bertitah pada satu majlis perhimpunan kanak-kanak, baginda menyeru semua kanak-kanak supaya mempunyai keyakinan teguh terhadap Malaysia yang baru ditubuhkan itu. Baginda bertitah bahawa simbol berkenaan ialah:- BANGUNAN PARLIMEN
– Ia menjadi tugu keyakinan kita terhadap demokrasi berparlimen berdasarkan pilihan rakyat. MASJID NEGARA
– Menjadi tugu kebebasan beragama kerana semua rakyat dan bangsa menyumbangkan wang bagi pembinaannya, selain wan yang diperuntukkan oleh kerajaan KOLEJ UNIVERSITI DAN INSTITUSI PENGAJIAN LAIN
– Melambangkan keyakinan kita terhadap pelajaran dan usaha memberi ilmu kepada rakyat STADIUM MERDEKA DAN STADIUM NEGARA
– Menjadi simbol tentang kepercayaan kita bahawa otak yang cergas terdapat pada tubuh yang sihat dan simbol bagu usaha mempuk persahabatan melalui sukan TUGU NEGARA
– Menjadi simbol semangat dan pengorbanan rakyat dalam mempertahankan negara DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
– Menjadi simbol kekayaan warisan dan kedudukan istimewa Bahasa Kebangsaan, yang menjadi bahasa rasmi Malaysia. MUZIUM NEGARA
– Menjadi simbol utama usaha membina kebudayaan nasional.
Sumber: Buku Coretan Kenangan-Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (terjemahan daripada buku Looking Back tulisan Tunku)