Latar Belakang Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia atau singkatannya KSM adalah kementerian yang bertanggungjawab kepada pembangunan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaaan, maklumat dan analisis pasaran buruh dan keselamatan sosial.

Visi
Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara.

Misi
• Membangunkan dan melahirkan modal insan yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan produktiviti negara.
• Memastikan kelancaran operasi pasaran buruh negara.
• Meningkatkan kebolehpekerjaan dan penggajian tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja negara.
• Memastikan perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif.
• Mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
• Memastikan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif, dinamik dan progresif.

Maklumat lanjut : https://www.mohr.gov.my