Latar Belakang Kementerian Pembangunan Usahawan

Visi
Melahirkan usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global.
Misi
Melebarkan keusahawanan Malaysia Baharu terutama dari golongan berpendapatan rendah dari setiap lapisan geopolitik.
Fungsi
- Menggubal dasar pembangunan usahawan dan PKS yang inklusif dan berdaya saing termasuk memacu pembangunan golongan B40, M40 dan usahawan sosial;
- Menyelaras pelaksanaan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera;
- Menjadi pemudah cara (facilitator) kepada usahawan dan PKS memulakan perniagaan termasuk menyelaras tabung/dana keusahawanan dan PKS;
- Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan pihak swasta di peringkat persekutuan, negeri dan antarabangsa;
- Merancang serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan dan pembudayaan keusahawanan dan PKS; dan
- Menyelaras pembangunan PKS serta Bumiputera dalam industri-industri strategik seperti automotif, aeroangkasa, renewable energy, ekonomi digital dan industri halal.
Maklumat lanjut : http://www.med.gov.my