Latar Belakang Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Pada 2 Julai 2018, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah disusun semula menjadi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Melalui penyusunan tersebut, fungsi Alam Sekitar dan fungsi Perubahan Iklim telah dipindahkan ke Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC). Manakala fungsi Air dan Pembetungan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) pula dipindahkan ke KATS.
Terdapat 17 jabatan/agensi di bawah KATS seperti maklumat berikut:
JABATAN
1. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
2. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
3. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
4. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
5. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
6. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
7. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
8. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
9. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
10. Jabatan BioKeselamatan (JBK)
BADAN-BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
1. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
2. Lembaga Jurukur Tanah (LJT)
3. Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Timah
4. Lembaga Ahli Geologi Malaysia
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
SYARIKAT
1. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
2. Indah Water Konsortium (IWK)
Maklumat lanjut : http://www.kats.gov.my