Latar Belakang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Pada April 1956, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan dan beribu pejabat di Pejabat Kerajaan di Jalan Raja.
Kementerian ini kemudiannya telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian berpecah kepada 2 Kementerian berasingan iaitu:
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI); dan
2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih dan antara negara /perdagangan/ paling berdaya saing.

Misi
Untuk menarik pelaburan berkualiti dan /memacu/ inovasi dalam aktiviti perindustrian bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan nilai tambah yang tinggi.
Untuk meningkatkan daya saing Malaysia di kalangan negara-negara perdagang global.

Objektif
Untuk merumuskan dan melaksanakan dasar pelaburan, perdagangan dan perindustrian bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang inovatif dan berkemahiran tinggi bagi pasaran tenaga kerja yang semakin meningkat di Malaysia.
Untuk memacu Malaysia ke arah negara /membangun/dan/menaik taraf/ kesejahteraan rakyat.

Fungsi

Untuk membangun dan melaksanakan dasar pembangunan perindustrian, perdagangan antarabangsa dan pelaburan.
Untuk menarik pelabur asing dan domestik yang berkualiti.
Untuk mempromosikan dan meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi Malaysia dengan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala, serantau dan pelbagai hala dan kerjasama.
Meningkatkan produktiviti kebangsaan dan daya saing, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Memastikan ekosistem perniagaan yang kondusif untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.

Maklumat lanjut : https://www.miti.gov.my