Latar Belakang Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi 12 bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perolehan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Unit Komunikasi Korporat , Pejabat Penasihat Undang-Undang, dan Unit Integriti. Kesemua 12 bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSU (P)) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan (TKSU (K&P)).

Visi
Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam.

Misi
Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.

Misi Perkhidmatan
Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

Objektif

Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.

Dasar Kualiti

Jabatan Perdana Menteri adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.

Maklumat lanjut : http://www.jpm.gov.my