Category: Berita Terkini

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Golongan remaja diberi vaksin Pfizer

Vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan menerima vaksin jenis Pfizer.  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu telah diberi kelulusan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 yang akan dimulakan Sarawak terlebih dahulu. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/covid-19/2021/09/golongan-remaja-diberi-vaksin-pfizer/ Sumber: Utusan Malaysia/Youtube Jabatan Penerangan Malaysia

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPM perlu tangani kerisauan ibu bapa terhadap PdP bersemuka

SEJAUH mana ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk sesi pembukaan semula sekolah secara bersemuka pada 3 Oktober nanti? Amat diharapkan menjelang tarikh itu, kes COVID-19 di Malaysia menurun. Hal ini boleh dicapai jika kita mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain mengambil vaksin seperti disarankan. Berita Selanjutnya: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/09/860804/kpm-perlu-tangani-kerisauan-ibu-bapa-terhadap-pdp-bersemuka Sumber: Berita Harian

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Sijil vaksinasi palsu: Integriti pengamal perubatan jadi taruhan

Penularan pandemik Covid-19 di negara ini dan langkah-langkah ketat yang menyusuli termasuk sekatan pergerakan sejak Mac tahun lepas, menyaksikan sijil vaksinasi digital yang diperkenalkan kerajaan bagi yang telah lengkap vaksinasi Covid-19 menjadi satu komoditi berharga. Berita selanjutnya: https://www.sinarharian.com.my/article/160181/KHAS/Covid-19/Sijil-vaksinasi-palsu-Integriti-pengamal-perubatan-jadi-taruhan Sumber: Sinar Harian

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pemuzik dapat ‘talian hayat’

Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) menyifatkan keprihatinan kerajaan memberi kelonggaran kepada pemuzik membuat persembahan di kawasan tertutup mulai esok ibarat ‘talian hayat’ untuk penggiat seni. Berita selanjutnya https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/09/861211/pemuzik-dapat-talian-hayat Sumber : Berita Harian

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bajet 2022: Kerajaan teliti pemulihan pekerjaan, pendapatan

KERAJAAN akan meneliti pemulihan pekerjaan dan pendapatan secara khusus dalam Bajet 2022, selain mengukuhkan perlindungan sosial melalui bantuan berfokus, dalam usaha untuk membina daya tahan sosio-ekonomi. Berita selanjutnya https://www.sinarharian.com.my/article/160159/BISNES/Bajet-2022-Kerajaan-teliti-pemulihan-pekerjaan-pendapatan Sumber: Sinar Harian

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Mulai 9 September, Institut memandu dibenarkan beroperasi secara janji temu– Wee Ka Siong

Kementerian Pengangkutan (MOT)  memaklumkan Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu mulai Khamis ini. Menterinya Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata,  proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan bagaimanapun hanya akan bermula pada 17 September ini. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/institut-memandu-dibenarkan-beroperasi-secara-janji-temu-mulai-9-september-ini-wee-ka-siong/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usaha SEARCCT basmi keganasan ekstrem, radikalisasi

Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) meneruskan usaha dan membangunkan strategi sebagai pusat rujukan di rantau ini dengan mengukuhkan rangkaian bersama badan serantau dan antarabangsa.  Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hal itu termasuk menerapkan pendekatan bersama pelbagai pemegang taruh untuk memanfaatkan kekuatan dengan pihak terlibat dalam menangani keganasan.  Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/usaha-searcct-basmi-keganasan-ekstrem-radikalisasi-2/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 08/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Tujuh orang dibenarkan hadir akad nikah-JAWI

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan tujuh orang sahaja bagi kehadiran ke majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 7 September, semalam. Jawi menerusi kenyataan akhbar semalam berkata, ketetapan itu bagi majlis akad nikah yang dilakukan di Jawi Cawangan Labuan dan masjid terpilih di wilayah ini. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/tujuh-orang-dibenarkan-hadir-akad-nikah-mulai-hari-ini/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 07/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

LINDUNGI DATA PERIBADI | AMBIL PEDULI

Teknologi baharu dan aliran pasaran yang kian berubah menyebabkan peranan maklumat data peribadi semakin penting dalam ekonomi pasaran transaksi globalisasi. Kita perlu sedar bahawa isu perlindungan data ini tidak sewajarnya dipandang remeh kerana ia membabitkan penggunaan data peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat tempat kerja, nombor kad pengenalan Sumber: Youtube Jabatan Penerangan Malaysia