Category: Berita Terkini

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

“Walk in” cukai jalan & lesen boleh diperbaharui di Pos Malaysia

Orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula 6 September 2021 Berita selanjutnya : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/860047/cukai-jalan-lesen-boleh-diperbaharui-di-pos-malaysia Sumber: BERITA HARIAN

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

COVID-19 | Kelonggaran Aktiviti Industri Kreatif

Kelonggaran dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi industri kreatif berjalan seperti sedia kala mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan akan mengumumkan berita gembira berkenaan tidak lama lagi. Ujar beliau, kebenaran tersebut khasnya bagi mereka yang sudah diberi dua suntikan vaksin dan berada di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Tan Sri Annuar berkata demikian selepas sesi lawatan kerja…

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Vaksinasi remaja bawah 18 tahun di Sarawak mulai Rabu

Vaksinasi Covid-19 bagi remaja berusia bawah 18 tahun di Sarawak dijangka bermula Rabu ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ketika ini negeri itu di peringkat akhir melaksanakan persiapan untuk melaksanakan vaksinasi kumpulan berkenaan. Berita selanjutya https://www.sinarharian.com.my/article/159665/KHAS/Covid-19/Vaksinasi-remaja-bawah-18-tahun-di-Sarawak-mulai-Rabu Sumber: Sinar Harian

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

462,586 terima vaksin Covid-19 menerusi Movak

Seramai 462,586 orang individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) setakat 31 Ogos lalu.  Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 281,938 individu diberikan suntikan dos pertama manakala selebihnya adalah dos kedua yang melibatkan penggunaan sebanyak 25 buah bas telah di ubah suai. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/462586-terima-vaksin-covid-19-menerusi-movak/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 06/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Britain laksanakan semula perintah berkurung ?

Hampir separuh penduduk Britain percaya Perdana Menteri, Boris Johnson mungkin akan melaksanakan semula perintah berkurung Covid-19 sebelum akhir tahun ini. Lapor Daily Mail, satu tinjauan eksklusif MailOnline yang dijalankan oleh Redfield & Wilton Strategies mendapati sebanyak 50 peratus orang percaya perintah berkurung Covid-19 menyeluruh mungkin berlaku pada tahun ini. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/britain-laksanakan-semula-perintah-berkurung/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 05/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dasar pengambilan pelajar MRSM kekal

Kerajaan mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan diguna pakai. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua pelajar tanpa mengira aliran berhak mendapat peluang untuk kemasukan ke MRSM atas semangat ‘Keluarga Malaysia’. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/dasar-pengambilan-pelajar-mrsm-kekal/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 05/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

95,000 pelajar menengah di Terengganu layak divaksin

Seramai 95,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini layak menerima vaksinasi Covid-19 sebagai persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, inisiatif itu sedia digerakkan kepada golongan sasar sebaik sahaja pihaknya menerima garis panduan pelaksanaan. Berita selanjutnya https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/95000-pelajar-menengah-di-terengganu-layak-divaksin/ Sumber: Utusan Malaysia

Posted on: 05/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kadar liputan jalur lebar mudah alih dipertingkat

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi program Jalinan Digital Negara (Jendela), kadar liputan jalur lebar mudah alih yang ketika ini berada pada tahap 93 peratus akan dipertingkat sehingga 98 peratus. Berita selanjutnya https://www.sinarharian.com.my/article/159585/BERITA/Nasional/Kadar-liputan-jalur-lebar-mudah-alih-dipertingkat-1.159585 Sumber: Sinar Harian