MBOT tandatangan MoU kukuhkan kerjasama serantau dalam keselamatan siber
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perkongsian South-East Asia Cybersecurity Consortium (SEA CC) bagi mengukuhkan kerjasama serantau dalam bidang keselamatan siber. MBOT dalam kenyataan semalam berkata MoU itu ditandatangani untuk mewujudkan asas rasmi bagi kerjasama dan kolaborasi bakat dalam bidang keselamatan siber negara-negara Asia Tenggara, untuk mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada inisiatif masing-masing. “Antara bidang kerjasama yang dipersetujui menerusi MoU ini ialah latihan dan perkongsian ilmu,…