Category: Teknologi

Posted on: 26/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pertanian Pintar : MOSTI komited permudah urusan usahawan pertanian

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia membantu memudahkan urusan usahawan pertanian dalam mengadaptasikan penggunaan teknologi dalam perusahaan ke arah pertanian pintar. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kos tinggi di peringkat awal yang terpaksa ditanggung untuk mendapatkan teknologi berkaitan, merupakan antara limitasi yang dihadapi usahawan pertanian meskipun negara mempunyai ketersediaan kepada teknologi tersebut. Katanya, meskipun pengaplikasian teknologi ke arah pertanian pintar itu melibatkan kos tinggi di peringkat awal,…

Posted on: 22/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LlMA) dijangka membuat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan, yang dijadualkan berlangsung pada Mei, memandangkan sempadan kini dibuka sepenuhnya dengan corak tingkah laku perjalanan kembali kepada waktu sebelum pandemik. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19 memandangkan edisi 2021 terpaksa dibatalkan susulan pandemik COVID-19. “Susulan…

Posted on: 20/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

TNB, Perodua disaran jalin kerjasama perkenal kadar caj EV mampu dilanggani

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyarankan syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjalin kerjasama dalam memperkenalkan kadar caj untuk kenderaan elektrik (EV) yang mampu dilanggani oleh rakyat. Perdana Menteri berkata TNB ketika ini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik secukupnya. “Pada masa sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang…

Posted on: 19/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lembaga Angkasa Malaysia dilancar sepenuhnya awal tahun hadapan

Lembaga Angkasa Malaysia akan dilancarkan sepenuhnya awal tahun hadapan bagi menguatkuasakan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] yang telah diwartakan pada 25 Jan lalu. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata lembaga itu akan membuat peraturan berkaitan dengan akta yang telah diluluskan bagi mengawal selia dan membangunkan industri angkasa negara bersesuaian dengan perjanjian antarabangsa. “Kita akan menubuhkan Lembaga Angkasa secara interim bulan depan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha…

Posted on: 15/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KPLB mohon percepat pelaksanaan JENDELA

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) di perkampungan Orang Asli, sekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan perkampungan di pedalaman dipercepatkan. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam satu pertemuan antara KPLB, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) pada 8 Julai lepas. Ketika ini, katanya terdapat akses digital di perkampungan Orang Asli namun paras ketersambungan internet masih pada…

Posted on: 08/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Permintaan terhadap kemahiran digital meningkat 300 peratus

Permintaan untuk jawatan berkaitan digital di negara ini telah meningkat 300 peratus pada tahun 2021  berbanding tahun sebelumnya yang 20 peratus daripadanya perlu diisi graduan baharu. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata angka itu adalah hasil kajian Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang ia melibatkan 56,000 kekosongan jawatan dalam bidang digital. “Permintaan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran digital semakin meningkat dan kritikal dalam membantu perkembangan industri serta…

Posted on: 08/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Digitalisasi: KPM bangunkan tiga sistem dalam talian bantu pengurusan sekolah, guru

Kementerian Pendidikan sedang membangunkan tiga sistem secara dalam talian untuk membantu pengurusan sekolah dan memudahkan tugas guru. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sistem berkenaan melibatkan sistem penyusunan jadual pembelajaran, sistem pengurusan utiliti dan sistem pelaporan pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru. Menurut beliau, selaras dengan digitalisasi, KPM perlu mengambil peluang untuk menambah baik sistem pengurusan dan kecekapan sumber selain mentransformasikan pedagogi pendidikan negara menjadi lebih menarik. “Untuk sistem…

Posted on: 05/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia Digital pacu ekonomi digital negara

Bertujuan merancakkan ekonomi digital negara, kerajaan membangunkan Malaysia Digital (MD) berpandukan tiga prinsip utama, Fleksibiliti, Ketangkasan dan Relevansi.  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata  MD menerusi projek Mangkin MD atau PEMANGKIN akan berfungsi secara holistik dalam mentransformasikan ekosistem ekonomi digital negara menerusi tiga keutamaan strategik.  “Pertama, membantu memacu adaptasi digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan rakyat; kedua, menyokong syarikat teknologi tempatan untuk menjadi ‘Juara Malaysia’ berjaya di…

Posted on: 04/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inisiatif Malaysia Digital letak negara di saf hadapan sektor ekonomi digital

Inisiatif Malaysia Digital yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah isyarat kepada dunia bahawa Malaysia bersiap siaga untuk meletakkan negara di saf hadapan dalam sektor ekonomi digital. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata negara yang mengambil peluang dan kesempatan membuat pelarasan dari segi mekanisme dan keupayaan menghadapi ekosistem ekonomi digital yang baharu pascapandemik COVID-19 akan berada di saf hadapan dalam perlumbaan dan…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia mampu capai liputan internet 100 peratus sebelum 2025 dengan satelit MEASAT-3d

Satelit MEASAT-3d penting kepada negara dalam mencapai liputan Internet 100 peratus sebelum 2025 dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata perkhidmatan satelit itu yang dilancarkan hari ini boleh digunakan dalam masa beberapa bulan lagi. “Jadi pelancaran (satelit MEASAT-3d) hari ini ada dua aspek yang penting, yang pertama memungkinkan kita mencapai liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk sebelum tahun 2025.  “Keduanya, kita boleh…