Projek perumahan baharu tumpu aspek ancaman haiwan liar
Pelaksanaan projek pembangunan perumahan baharu akan memberi lebih tumpuan terhadap aspek ancaman haiwan liar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Beliau berkata langkah itu susulan terdapat peningkatan laporan berhubung kehadiran haiwan liar seperti gajah di kawasan perumahan khususnya di luar bandar. Justeru, beliau berkata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam aspek berkenaan bagi memastikan kejadian itu tidak…