Category: Berita Terkini

Posted on: 05/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Merdeka Kuartet bantu promosi sambutan Hari Kebangsaan

Penubuhan Merdeka Kuartet adalah bertujuan membantu jentera publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam memotivasikan Keluarga Malaysia daripada semua kaum untuk turut serta dalam sambutan itu selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran. Kuartet berkenaan terdiri daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk…

Posted on: 05/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MCMC: Waspada SMS penipuan guna ‘GOV’

Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ID penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memaklumkan pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go (TNG) eWallet mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata terdapat penyalahgunaan ID penghantar ‘GOV’ apabila  pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID penghantar tersebut untuk tujuan penipuan.  “Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera…

Posted on: 05/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bahang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak kian terasa

Bahang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak yang bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya kian terasa, dengan hanya tinggal kurang dari 24 jam lagi acara itu bakal berlangsung. Tinjauan Bernama mendapati petugas-petugas setiap agensi perkhidmatan awam, logistik, teknikal dan lain-lain yang terlibat sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir bagi memastikan acara JAKM yang bermula esok sehingga Ahad ini berjalan dengan lancar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan majlis penutupan…

Posted on: 04/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penipuan dalam talian catat aduan tertinggi KPDNHEP setakat Julai tahun ini

Semenjak negara dilanda pandemik COVID-19, sektor e-dagang yang semakin berkembang luas dengan kecenderungan pengguna menggunakan transaksi dalam talian, secara tidak langsung mengundang kewujudan banyak ‘scammer’ menggunakan taktik dan helah mengeksploitasi teknologi untuk melakukan penipuan terhadap mangsanya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi  berkata sebahagian besar kes penipuan melibatkan kategori transaksi dalam talian selain laporan penipuan berkaitan barang tiruan, perkhidmatan dan harga mengelirukan. “Justeru, scam (penipuan) dalam konteks KPDNHEP…

Posted on: 04/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

MAHA 2022: MARDI pamer aplikasi teknologi pengeluaran sayuran komersial

Laman Agro-Food Sayuran dan Herba  di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 menekankan konsep pengeluaran sayur-sayuran komersial dan pertanian bandar berdasarkan aplikasi teknologi yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).   Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Dr Zulhazmi Sayuti berkata antaranya teknologi kilang tanaman untuk pengeluaran sayuran bernilai tinggi sepanjang tahun yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) MARDI dipamerkan sempena MAHA 2022 itu. “Teknologi ini merupakan sistem pengeluaran sayuran…

Posted on: 02/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM buka pencalonan untuk Anugerah Seri Angkasa 2022

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menganjurkan Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2022 bagi merancakkan semula landskap industri kreatif yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal 2020 akibat pandemik COVID-19.  Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata keputusan untuk menganjurkan ASA 2022 dipersetujui Jemaah Menteri pada Jumaat lepas dan penganjuran itu merupakan kerjasama strategik antara K-KOMM bersama sektor swasta.  “Pencalonan ASA 2022 dibuka mulai 1 hingga 31 Ogos,”…

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri lancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022

Jalur Gemilang berkibar megah di pentas Dataran Putrajaya, di sini hari ini menandakan bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini. Acara bersejarah itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memacak Jalur Gemilang berkenaan bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.  Terdahulu, beliau menerima Jalur Gemilang berkenaan daripada sekumpulan kanak-kanak lengkap berpakaian tradisi, simbolik semangat patriotisme melibatkan pelbagai generasi di atas pentas.  Sebelum…

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bulan Kebangsaan: Annuar ajak rakyat anjur pelbagai aktiviti sebagai tanda kebersamaan

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengajak seluruh rakyat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan sebagai tanda kesyukuran dan kebersamaan selari dengan konsep Keluarga Malaysia. Beliau berkata setelah dua tahun dibelenggu pandemik COVID-19, kini rakyat negara ini perlu kembali menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) dengan penuh rasa patriotik. “Tahun ini negara akan meraikan sambutan HKHM2022 dalam suasana yang kita berharap ia diraikan oleh…

Posted on: 30/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Perdana Menteri, Jemaah Menteri sertai ‘Berjalan Teguh Bersama’

Program Berjalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni.  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa bersama Jemaah Menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu.  Seawal 6 pagi, orang ramai mula tiba di Dataran Putra, di sini dan dilihat penuh bersemangat…

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Persiapan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 berjalan lancar

Persiapan bagi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya di sini esok berjalan lancar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek. Beliau berkata persiapan sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan  (JaPen) selaku urus setia program itu dengan  kerjasama pelbagai pihak bagi menjayakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. “Saya berpuas hati dengan persiapan dan raptai yang dibuat…