Category: Info Ekonomi

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Nilai jualan sektor pembuatan bagi Januari 2022 meningkat 13.1 peratus

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia bagi Januari 2022 berkembang 13.1 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM139 bilion berbanding bulan sama tahun pada 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Nilai jualan itu bagaimanapun susut 3.4 peratus berbanding bulan sebelumnya. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan pertumbuhan nilai jualan pada bulan tersebut dipacu oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau  yang menokok 20.6 peratus terutama dalam industri pembuatan produk makanan. “Pertumbuhan ini juga didorong…

Posted on: 21/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kementerian Kewangan fokus pacu pemulihan kewangan negara

Kementerian Kewangan memberi fokus untuk memacu pemulihan kewangan negara agar rakyat dapat kembali hidup dengan selesa melalui beberapa strategi seperti penjanaan pekerjaan baharu, membawa pelaburan serta membantu perniagaan. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata strategi untuk memacu pertumbuhan kewangan negara diletakkan melalui dua tunggak utama iaitu JaminKerja dan SemarakNiaga dalam Bajet 2022, selepas negara dilanda pandemik COVID-19.  “Saya berharap kita dapat terus memberi keutamaan yang paling penting kepada pemulihan ekonomi…

Posted on: 18/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKMM, MOF bentang memorandum Jemaah Menteri untuk selesaikan isu berkaitan DNB

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri pada bulan depan untuk menyelesaikan isu berkaitan Digital Nasional Berhad (DNB). Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kedudukan DNB dan sistem Rangkaian Borong Tunggal (Single Wholesale Network) atau ‘Dual Wholesale Network’ yang menjadi perdebatan dan polemik itu perlu diselesaikan segera, susulan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang diadakan semalam.…

Posted on: 14/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia diunjur catat KDNK 3.1 peratus pada 2021, 5.75 peratus pada 2022

Ekonomi Malaysia dijangka pulih beransur-ansur daripada impak pandemik COVID-19 dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar berada pada 3.1 peratus pada 2021 dan diunjur meningkat kepada kira-kira 5.75 peratus pada  2022, demikian menurut dapatan awal daripada pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).  Pasukan itu yang diterajui  oleh  Lamin Leigh, melaporkan bahawa pertumbuhan akan disokong oleh program pelancaran vaksin yang memberangsangkan oleh kerajaan dan pelaksanaan pantas langkah-langkah sokongan dasar ekonomi.   “Penurunan ekonomi yang lebih…

Posted on: 11/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Inflasi kekal menyederhana pada 2022

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi kekal menyederhana pada 2022, lebih hampir kepada purata jangka panjangnya, manakala inflasi teras juga berkemungkinan kekal sederhana tahun ini. Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat akan terus berhati-hati terhadap perkembangan berterusan dalam permintaan dan tekanan kos selain terus terlibat secara aktif dengan pemain industri untuk memantau dinamik harga dengan teliti apabila keadaan ekonomi bertambah baik. “Kami menjangkakan perbelanjaan isi rumah  terus…

Posted on: 10/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Indeks Kos Bahan Binaan meningkat pada Januari 2022

Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli telah menunjukkan peningkatan bagi semua kategori bangunan antara 0.2 dan 3.9 peratus pada Januari bagi Semenanjung Malaysia.  Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata trend yang sama dapat dilihat bagi Sabah dan Sarawak yang masingmasing meningkat antara 0.1 dan 3.9 peratus serta 0.1 dan 3.4 peratus.   Purata harga unit besi yang terdiri daripada bar…

Posted on: 27/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

57 agensi kerajaan laksanakan kaedah tanpa tunai setakat Julai 2021

Sebanyak 57 agensi kerajaan Persekutuan telah melaksanakan kaedah perkhidmatan tanpa tunai setakat Julai 2021, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyDIGITAL Corporation Fabian Bigar. Memetik hasil dapatan laporan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), beliau berkata kesemua kementerian dan agensi telah menyasarkan untuk menyediakan pilihan kaedah pembayaran secara tanpa tunai itu menjelang 2022 walaupun langkah itu masih belum diamalkan di peringkat negeri. “Ini merupakan angka di peringkat kerajaan Persekutuan setakat…

Posted on: 24/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 peluang bina ekonomi lebih kukuh

Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 yang dilancarkan hari ini mewakili peluang yang besar untuk seluruh sektor kewangan bersatu dan membina ekonomi yang lebih kukuh. Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata sektor kewangan terkandung dalam rangka tindakan itu daripada kedudukan yang kukuh dan kini adalah masa yang sesuai untuk memperluas kewangan. “Persekitaran yang tidak menentu memerlukan dinamisme yang dipertingkatkan dalam sektor kewangan, (apabila) industri kewangan dapat menerajui perjalanan…

Posted on: 24/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 sokong tahap selanjutnya pembangunan Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 yang baru dilancarkan hari ini akan memacu sektor kewangan menjadi tangkas dan berdaya tahan bagi menyokong peralihan negara kepada peringkat pembangunan yang seterusnya. Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat telah mengenal pasti lima keutamaan yang akan memperkukuhkan usahanya untuk menggalakkan sistem kewangan yang akan meraih pertumbuhan jangka panjang, kesihatan planet, dan kemakmuran bersama. Menurutnya keutamaan…

Posted on: 24/01/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka Tindakan Sektor Kewangan baharu akan kemudi cabaran, lengkapkan RMK12

Strategi yang dibentangkan dalam Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022-2026 akan menjadi kritikal bagi sektor itu untuk mengharungi atau mengemudi cabaran dan peluang yang mendatang, dan seterusnya melengkapkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz. Beliau menyatakan hasil utama yang dijangkakan termasuk memajukan pendigitalan sektor kewangan; menyediakan pilihan dan akses yang bermakna untuk pengguna; meningkatkan kerancakan ekosistem pembiayaan untuk memenuhi keperluan ekonomi Malaysia; dan penggunaan yang lebih…