Tiada tempoh masa gantian dokumen bagi mangsa banjir
Tiada tempoh masa ditetapkan atau laporan polis diperlukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mangsa banjir memohon penggantian dan pembaharuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran secara percuma. Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, berkata mangsa banjir tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penggantian dan pembaharuan dokumen sekiranya perlu menyelesaikan urusan peribadi yang lebih penting. Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya mempercepatkan proses permohonan penggantian atau pembaharuan dokumen bagi melancarkan urusan seperti pembukaan sesi…