Month: January 2020

Posted on: 23/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

e-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan

PUTRAJAYA, 22 Jan — Kebanyakan pengguna memanfaatkan insentif e-Tunai Rakyat bernilai RM30 untuk membeli barang dapur, membuat pembayaran telekomunikasi, pengangkutan dan makanan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Menurutnya, sebanyak RM105 juta telah dibelanjakan sejak dilancarkan 15 Jan lepas, yang merupakan hampir 25 peratus daripada RM450 juta diperuntukkan untuk inisiatif itu dalam Belanjawan 2020. “Sehingga hari ini, sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan…

Posted on: 23/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Wabak Koronavirus: China kenakan perintah kuarantin di Wuhan – KKM

KUALA LUMPUR, Jan 23 – China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan, susulan penularan wabak koronavirus. Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di situ juga tidak dibenarkan keluar. “Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi 23 Jan. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan,” menurut catatat tersebut. Media semalam melaporkan, setakat ini sembilan maut akibat…

Posted on: 22/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penularan Influenza di sekolah terkawal – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Penularan virus Influenza A atau H1N1 yang dilaporkan berlaku di institusi pendidikan berada dalam keadaan terkawal dan langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya setakat ini hanya dua sekolah ditutup akibat penularan virus tersebut iaitu Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di Perak (mulai 11 hingga 19 Jan) dan Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Tanjung Aru di Sabah (mulai 22…

Posted on: 22/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jangan lupakan golongan memerlukan ketika perayaan

SERDANG, 21 Jan — Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari mengingatkan, sewaktu kita meraikan perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini, golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan, tidak seharusnya dilupakan. Ini kerana katanya, dengan memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, ia bukan sahaja dapat membantu mereka, tetapi akan menceriakan dan memeriahkan lagi sambutan perayaan pada kali ini. “Sebagai satu masyarakat majmuk, apabila musim perayaan, semua pihak perlu…