Tiket penerbangan ke Sarawak mahal enam kali ganda bagi tarikh 2-8 November
Harga tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan antara satu hingga enam kali ganda lebih mahal bagi tarikh penerbangan antara 2 hingga 8 November 2021, berbanding harga tiket pada 2019. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat hari ini laporan itu adalah berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 27 Oktober lepas. Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, beliau berkata Mavcom mendapati harga tiket…