HSBC unjur defisit Malaysia turun kepada 4.9 peratus bagi 2023
HSBC Global Research mengunjurkan beberapa tahap pengukuhan fiskal dalam Bajet 2023 Malaysia, dengan kemungkinan defisit lebih rendah pada 4.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan. Ahli Ekonomi, Yun Liu berkata bagaimanapun angka itu masih lebih tinggi berbanding purata 3.3 peratus yang dicatatkan pada 2015 hingga 2019 selain kekal jauh daripada matlamat defisit fiskal yang ingin dicapai kerajaan iaitu sebanyak 3.5 peratus daripada KDNK pada 2025. “Selepas tiga tahun berturut-turut merekodkan…