Kumpulan pertama terima tablet perantisiswa minggu kedua Jun
Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata bagaimanapun tempoh berkenaan bergantung kepada proses ‘delivery’ pembida-pembida yang dipilih. “Roll out pertama ini kita rancang selepas 30 hari dari tarikh permohonan, dan proses roll out kedua pula ialah pada Ogos iaitu 60 hari selepas proses permohonan bagi mereka yang membuat permohonan lewat dan bagi kes-kes rayuan,”…