WILAYAH TIMUR- Karnival Kerjaya sempena AKM Perlis tawar lebih 1,000 peluang pekerjaan
Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja yang akan berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini. Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perlis, Basharudin Khalid berkata kerjaya yang ditawarkan menerusi program itu merangkumi pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan swasta, termasuk dalam sektor industri pembuatan, perdagangan, pemborongan, peruncitan dan juga perhotelan. Beliau berkata sehingga kini pihaknya telah menerima pengesahan…