Kesiapsiagaan KKM hadapi COVID-19 diperjelas 10 Jan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperjelas aspek pengukuhan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gelombang COVID-19 dalam sesi libat urus bersama media pada Selasa depan (10 Jan), kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa. Ketika ini, katanya KKM sedang mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, pengendali lapangan terbang dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi melihat aspek yang boleh diperkemas. “Boleh tanya apa sahaja soalan dan kita akan cuba jawab dan menjelaskan segala tanggapan tidak benar…