WILAYAH UTARA- Kenaikan harga ayam pada bulan Ramadan, lapor segera KPDNHEP
Orang ramai diminta melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika terdapat peniaga ayam di pasar awam di seluruh negeri Perak bertindak menaikkan harga ayam khususnya pada bulan Ramadan ini. Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Razman Zakaria berkata laporan itu perlu bagi membolehkan tindakan tegas diambil kepada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga ayam sehingga membebankan rakyat. “Ayam merupakan sumber protein yang menjadi barangan keperluan dan harganya lebih…