Tag: Ekonomi

Posted on: 02/11/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penambahbaikan dasar, tadbir urus niaga dapat percepat transformasi industri – MPC

Langkah kerajaan untuk memacu produktiviti dan daya saing negara dengan bertindak memudahcara inisiatif penambahbaikan dasar dan tadbir urus perniagaan, dijangka mampu mempercepat transformasi industri di peringkat sektor dan seterusnya rantaian nilai lebih tinggi. Sehubungan itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyifatkan cadangan dalam Bajet 2022 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, juga sejajar dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) yang inklusif, mampan dan seimbang. Cadangan itu termasuk peruntukan  RM25 juta untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

RENCANA: Inisiatif belanjawan perlu lonjak ekonomi, sejahterakan komuniti

Oleh Tan Sri Lee Lam Thye ( Penulis adalah Pengerusi, Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat) PANDEMIK COVID-19 mengubah pelbagai aspek kehidupan dengan ketara sekali, selain berpotensi memberi kesan sosial jangka panjang yang memudaratkan. Justeru, Ikatan Komuniti Selamat berharap beberapa perkara di bawah diberikan pertimbangan sewajarnya dalam belanjawan kali ini. Pertamanya, penjagaan warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) perlu menjadi tumpuan berterusan. Kami mencadangkan supaya anggaran yang berterusan diperuntukkan bagi meningkatkan…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Rangka Tindakan Perdagangan Nasional, pelan strategik lima tahun untuk lonjakkan daya saing perdagangan — PM Ismail Sabri

Pelan strategik lima tahun Rangka Tindakan Perdagangan Nasional yang dilancarkan hari ini akan meningkatkan daya saing perdagangan Malaysia dan mengukuhkan kedudukan negara sebagai pengeksport terunggul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata rangka tindakan dengan lapan teras strategik dan 40 cadangan/syor itu akan menangani perubahan struktur yang diperlukan untuk sektor eksport berkembang maju melalui pengukuhan memudah cara perdagangan, logistik, pematuhan piawaian/standard, akses pasaran, kemampanan, pendigitalan dan teknologi,  pelaburan dan…

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Usahawan enggan divaksin berhadapan kesukaran jalankan aktiviti ekonomi

Golongan usahawan dan peniaga yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan berhadapan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata ini berikutan status vaksinasi merupakan satu daripada kriteria penting untuk membolehkan individu untuk pergi ke mana-mana tempat.  “Bila tidak lengkap dos vaksin ini, individu yang tidak dapat masuk ke mana-mana tempat ini akan mengganggu aktiviti ekonomi mereka,” katanya kepada media selepas melawat proses…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia jana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan

Malaysia berjaya menjana lebih RM7.2 bilion potensi perniagaan dengan beberapa syarikat yang berpangkalan di luar negara, dalam tempoh dua minggu pertama penyertaan di Ekspo 2020 Dubai. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah keseluruhan bagi potensi perdagangan dan pelaburan itu diperoleh melalui 14 Memorandum Persefahaman (MoU), tiga Surat Niat (LoI) dan dua Memorandum Kerjasama (MoC), yang ditandatangani 14 syarikat Malaysia dengan rakan strategik dari luar negara. Perdana Menteri memaklumkan, MoU…

Posted on: 15/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia kini berpeluang lakukan lebih lagi untuk capai agenda ESG — Mustapa

Malaysia mempunyai peluang untuk melakukan lebih banyak lagi bagi mencapai pertumbuhan mampan dalam agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) memandangkan banyak syarikat yang telah melaksanakannya dan ia juga telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keperluan untuk menangani beberapa isu yang telahpun wujud sejak 10-15 tahun lepas  termasuk kemiskinan dan merapatkan jurang kawasan bandar dan luar…

Posted on: 09/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Keluarga Malaysia tekad baharu bebaskan negara daripada COVID-19, pulihkan ekonomi – Annuar

Prapelancaran Keluarga Malaysia menandakan tekad baharu untuk membebaskan negara daripada belenggu COVID-19 serta memulihkan ekonomi Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Menerusi ucapan alu-aluannya dalam majlis prapelancaran Keluarga Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen petang semalam, beliau berkata tiga teras utama (Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran) yang digariskan di bawah konsep Keluarga Malaysia  itu membentuk kekuatan bagi sesebuah negara bangsa.…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Lebih RM330 bilion daripada pakej bantuan, rangsangan ekonomi telah dimanfaatkan

Lebih RM330 bilion atau kira-kira 62 peratus telah disalurkan daripada lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion, sekali gus memberi manfaat kepada 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan setakat 24 Sept lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata kesemua pakej bantuan dan rangsangan ekonomi itu merangkumi langkah fiskal dan bukan fiskal. “Kerajaan telah mengambil langkah proaktif dan segera untuk menangani krisis COVID-19,…

Posted on: 05/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Belanjawan 2022: MPOB, MPOC minta lebih peruntukan untuk industri minyak sawit

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata lebih banyak peruntukan diperlukan untuk industri kelapa sawit untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk komoditi itu dan untuk pengeluaran lebih banyak produk hiliran. Pengarah Bahagian Sains, Alam Sekitar dan Kemampanan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Ruslan Abdullah berkata Malaysia menghasilkan sekitar 20 juta tan metrik minyak sawit setiap tahun, ia menghasilkan pendapatan sekitar RM70 bilion untuk Malaysia tetapi peruntukan untuk industri berkenaan sangat kecil. “Tidak sampai satu…

Posted on: 28/09/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Komitmen kerajaan laksana PLBEGJB bakal buka banyak peluang pekerjaan

Pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat, kata Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom. Beliau berkata pengumuman itu merupakan perkembangan baik kerana projek yang bakal siap 2023 itu merupakan titik pertemuan antara Pantai Timur-Selatan-Utara. “Apabila projek itu sudah siap nanti ia bakal menjadikan kawasan Gemas sebagai tumpuan orang ramai dari seluruh pelusuk negara…