Sarawak contoh perincian kes pada fasa endemik
Fasa endemik Malaysia yang dijangka bermula hujung bulan depan, akan menyaksikan bilangan kes COVID-19 bagi kategori tiga hingga lima, hanya membabitkan beberapa kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mengambil kes COVID-19 di Sarawak, semalam, sebagai contoh, negeri itu mencatatkan 3,714 kes, namun perincian klinikal bagi kategori tiga hingga lima adalah empat kes atau mewakili 0.11 peratus. Berita selanjutnya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/860841/sarawak-contoh-perincian-kes-pada-fasa-endemik Sumber: Berita Harian