Month: January 2020

Posted on: 07/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dana Pinjaman Penanaman Semula Kelapa Sawit

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia #belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia Ringkasan: Kerajaan menyediakan dua skim pinjaman pada kadar faedah dua peratus setahun bernilai RM550 juta bagi manfaat 15,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara. Skim itu ialah Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dengan jumlah dana RM500 juta dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) dengan nilai RM50 juta. Pinjaman ini bagi membantu pekebun kecil sawit yang…

Posted on: 07/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

#WatanKerja

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia #belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia Ringkasan: #WatanKerja bertujuan mengalihkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama 2 tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama.

Posted on: 07/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

#MalaysiaKerja

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia #belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia Ringkasan: Inisiatif #MalaysiaKerja bagi mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi tanggungjawab penuh untuk menguruskan agihan peruntukan RM6.5 bilion bagi pembayaran insentif #MalaysiaKerja membabitkan #GraduanKerja, #WanitaKerja dan #WatanKerja. Persiapan giat dilakukan oleh agensi terbabit untuk menyediakan mekanisme dalam memastikan matlamat mewujudkan tambahan 350,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dapat dicapai. Dengan adanya #MalaysiaKerja, dijangka akan berlaku penurunan kadar pengangguran…

Posted on: 07/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

#GraduanKerja

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia#belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia Ringkasan:Skim #GraduanKerja telah dilancarkan untuk tahun 2020 bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan. Skim ini ditujukan kepada graduan yang menganggur lebih 12 bulan. Dengan skim #GraduanKerja, graduan yang mendapat pekerjaan akan menerima bantuan berjumlah RM500 sebulan selama 2 tahun. Majikan yang mengambil graduan tersebut juga akan mendapat insentif berjumlah RM300 sebulan selama 2 tahun.

Posted on: 06/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Stok ubat rawatan influenza mencukupi

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan dan khabar angin yang menyatakan stok ubat-ubatan bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti KKM tidak mencukupi atau sudah kehabisan stok. Menurut Program Perkhidmatan Farmasi KKM, berikutan jangkitan influenza yang merebak dalam negara, pihak KKM turut mengambil inisiatif untuk mendapatkan bekalan tambahan daripada pembekal alternatif dalam memastikan stok ubat-ubatan mencukupi dan memenuhi permintaan. Buat masa ini, kedudukan stok Oseltamivir 75mg…

Posted on: 06/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Dana Geran Padanan Untuk Projek Perintis Aplikasi Digital

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia #belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia Ringkasan: Kerajaan mahu menggalakkan lebih banyak aplikasi digital dihasilkan di Malaysia. Kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan bagi menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri, teknologi ‘blockchain’ serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

Posted on: 06/01/2020 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bantuan Musim Tengkujuh

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia #belanjawan2020 #jabatanpeneranganmalaysia Ringkasan: Kerajaan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah yang layak di bawah Risda dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah pada 2020 untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang menghadapi harga getah rendah. Peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh ini akan mengurangkan beban pekebun kecil dalam mengimbangi kos sara hidup harian ketika berlaku…