Tag: Agong

Posted on: 05/01/2023 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong mahu universiti di seluruh negara bantu aspek pendidikan pelajar

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua universiti di Malaysia sama ada awam atau swasta, memainkan peranan untuk membantu aspek pendidikan pelajar masing-masing. Baginda bertitah perkara itu jika diusahakan dengan sebaik mungkin dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan khidmat mereka kepada negara pada masa akan datang. “Beta dimaklumkan ada 75 universiti di seluruh negara, baik yang kerajaan mahupun swasta. Beta berharap semua universiti ini dapat main…

Posted on: 13/12/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong berangkat ke Doha, Qatar bagi lawatan khas

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari, bermula hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata lawatan khas itu merupakan atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, sempena temasya Piala Dunia FIFA Qatar 2022. “Selain persilaan menyaksikan perlawanan-perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir temasya ke-22 Piala Dunia FIFA…

Posted on: 22/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong titah akan buat keputusan pelantikan PM dalam masa terdekat

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah akan membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat. Seri Paduka turut menyeru rakyat supaya menerima apa sahaja keputusan berkaitan pelantikan tersebut serta pembentukan kerajaan baharu kelak. “Marilah bersama terima keputusan rakyat, terima keputusan wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-Pertuan Agong. Sila rasional dan kita perlu teruskan, kita perlu bergerak ke hadapan untuk negara kita yang…

Posted on: 21/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong perkenan proses kemuka gabungan kerajaan, calon PM dilanjutkan sehingga 2 petang Selasa

Proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan sehingga 2 petang esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan  permohonan ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima Istana Negara hari ini. “Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang…

Posted on: 21/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong titah rakyat Malaysia bersabar tunggu pembentukan kerajaan baharu

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta rakyat Malaysia agar bertenang dan bersabar, sementara menunggu pembentukan kerajaan baharu pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Seri Paduka bertitah pembentukan kerajaan Persekutuan yang baharu memerlukan sedikit masa lagi.  “Harap bersabar, perlukan masa sikit, kena bersabar, banyak bertenang. “Kerajaan ‘Caretaker’ masih lagi ada, masih berjalan seperti biasa,” titah baginda ketika mencemar duli menyantuni pengamal media yang berkampung di hadapan pintu 2 Istana…

Posted on: 13/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong, Permaisuri berangkat lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja Britain Raja Charles III di Istana Buckingham, United Kingdom (UK) pada Rabu.  Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin berkata kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London selama enam hari bermula 10 Oktober hingga Ahad ini. …

Posted on: 05/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-15

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-15. Pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 8.45 malam disambut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dan isteri Datin Balkis Zakaria. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merangkap Ketua…

Posted on: 30/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan kaum, kunci kemakmuran negara

Kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum merupakan kunci untuk keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Al-Sultan Abdullah bertitah tiga perkara itu juga merupakan kunci kepada kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama.” “Sehubungan itu, Seri Paduka  bertitah adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk bukan sahaja memelihara dan mempertahankan keharmonian…

Posted on: 29/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana. Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini. Penuntut menerima…

Posted on: 08/02/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Negara masih belum bebas COVID-19, Agong seru rakyat ambil vaksin, dos penggalak

Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru rakyat yang belum mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya berbuat demikian.  Seri Paduka bertitah ia termasuklah mendapatkan dos penggalak bagi memastikan negara dapat mengawal pandemik COVID-19.  “Negara masih lagi belum bebas daripada pandemik COVID-19, justeru marilah kita bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi COVID-19 yang telah digariskan oleh kerajaan beta,” titah baginda sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan…