Rangka kerja perundangan untuk kawal selia kredit pengguna sedang dirangka
Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sedang menerajui usaha sama dengan agensi berkaitan untuk merumus satu rangka kerja perundangan yang komprehensif bagi mengawal selia semua aktiviti kredit pengguna termasuk skim “Buy Now Pay Later” (BNPL). Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata rangka kerja tersebut akan dilakukan melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna (CCA) pada tahun ini. “Dengan penggubalan CCA, semua pemberi kredit termasuk BNPL akan tertakluk kepada peraturan yang sewajarnya. “Peraturan…