Peranti Siswa : Pelajar boleh kemuka rayuan bertulis kepada pemimpin tempatan
Permohonan pelajar yang ditolak untuk mendapatkan peranti siswa kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis atau berjumpa terus dengan pemimpin tempatan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata setakat ini 40,000 permohonan telah ditolak daripada jumlah keseluruhan permohonan iaitu lebih 470,000 orang. “Saya cadangkan mereka boleh jumpa dengan pemimpin tempatan untuk memberi sokongan atau pengesahan kerana terdapat beberapa faktor yang boleh kami pertimbangkan walaupun…