Ayam masih dijual bawah harga kawalan maksimum
Harga ayam ketika ini masih di bawah harga kawalan maksimum yang ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram dengan harga purata nasional RM9.18 sekilogram, berdasarkan cerapan harga harian Sabtu lepas. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof dalam kenyataan semalam berkata harga purata bagi Semenanjung Malaysia pula adalah RM9.13 sekilogram. “Ini bermakna, harga ayam runcit sebenarnya masih di bawah harga kawalan maksimum RM9.40 sekilogram,” katanya mengulas laporan media…