Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata pada masa sama, isu membabitkan pemberian subsidi kepada penternak bagi membolehkan ayam standard dijual pada harga siling runcit RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia juga perlu diperhalusi. “Jadi isunya kita tidak boleh tangani hanya soal eksport, kita kena tangani juga soal selama mana…