Tag: BKM

Posted on: 11/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bayaran BKM Fasa 4 diawalkan bermula 15 November 2022

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bernilai RM2.1 bilion yang akan memanfaatkan 5.2 juta penerima, bakal dikreditkan ke akaun mereka secara berperingkat selama tiga hari bermula 15 November ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pembayaran itu pada asalnya dijadualkan dibuat pada Disember, namun dipercepatkan kepada minggu hadapan bagi membantu penerimanya membuat persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL), yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan ini.…

Posted on: 30/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Harga siling baharu ayam dan telur berkuatkuasa mulai 1 Julai 2022

Kerajaan semalam memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam tetapi meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat ini (1 Julai 2022). Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata dengan pelaksanaan…

Posted on: 27/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Dalam kenyataan hari ini, beliau memaklumkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion. “Sebagai…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

BKM: Isi rumah terima tambahan RM100

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.  Ismail Sabri berkata kerajaan mengambil keputusan manambah nilai BKM itu selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.  “Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan RM630 juta,” katanya pada…

Posted on: 21/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia mulai 28 Mac

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 28 Mac, melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion.  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan semalam berkata 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang. “Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu…