Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan
Semua pelancong asing yang masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 prakemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi bermula hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam. Beliau berkata Jemaah Menteri Sabah hari ini membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan. “Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah…