Kre8tif! terus sokong wujudkan ekosistem kandungan digital Malaysia
Kre8tif!, platform rangkaian untuk pemain industri kandungan digital terus menyokong matlamat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengukuhkan Malaysia sebagai kuasa serantau dalam ekosistem kandungan digital yang kondusif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata di bawah teraju cemerlang MDEC, kementerian yakin Kre8tif! akan membuka pintu kreatif pencipta kandungan Malaysia dan membantu meningkatkan nilai ekosistem kandungan digital tempatan. “Ini sejajar…