Tarif elektrik pengguna domestik tidak dinaikkan, elak beban rakyat
Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan tarif elektrik kepada pengguna domestik bagi mengelakkan rakyat terbeban, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata keputusan itu turut melibatkan industri kecil dan sederhana (IKS), syarikat pertanian serta pengeluar makanan walaupun ia memberi implikasi kewangan kepada negara hampir RM30 bilion setahun. “Jika dikenakan pun (kenaikan tarif elektrik) hanya terhadap syarikat-syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka dan subsidi itu tidak…