Tag: DOSM

Posted on: 09/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DOSM: Kadar pengangguran menurun kepada 3.6 peratus pada September 2022

Kadar pengangguran di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan kepada 3.6 peratus pada September 2022, menurun 0.1 peratus berbanding 3.7 peratus pada Ogos 2022. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan semalam memaklumkan bilangan penganggur turut mengekalkan trend menurun selama 14 bulan berturut-turut kepada 605,000 orang pada September berbanding 612,000 orang pada bulan sebelumnya. Bagi suku ketiga 2022, kadar pengangguran menurun kepada 3.7 peratus, mencatatkan 611,800 orang, kadar terendah sejak pandemik COVID-19 pada suku…

Posted on: 21/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

DOSM anjur Karnival Statistik 2022 sempena Hari Statistik Negara

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menganjurkan Karnival Statistik 2022 yang bermula semalam hingga Sabtu di Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai di sini sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) dan sedekad penubuhan ILSM. ILSM  ditubuhkan pada 2012 dan  merupakan sayap kanan DOSM yang bertindak sebagai pusat pembangunan modal insan serta  bertanggungjawab melahirkan anggota berpengetahuan terutama dalam bidang statistik selain memupuk personaliti berintegriti, dinamik, inovatif dan berprestasi tinggi. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin…

Posted on: 12/08/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

JPV, DoSM kumpul data bekalan ayam

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Perangkaan (DOSM) dipertanggungjawabkan  untuk mengumpulkan data berkaitan bekalan ayam bagi memastikan kawalan keselamatan makanan diuruskan secara teratur, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa. “Tanpa data jelas, isu keselamatan makanan tidak dapat diuruskan dengan komprehensif,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bahawa ia bagi mengelakkan kerajaan membuat tindakan sementara dan dasar yang tidak tetap. Annuar berkata JPV diberi masa seminggu untuk mencadangkan satu corak pengurusan data pengeluaran ayam…

Posted on: 15/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 6.3 peratus pada Mei 2022

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 6.3 peratus kepada 21,073 tan pada Mei 2022 berbanding dengan 22,498 tan pada April 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan 25.2 peratus berbanding dengan 28,164 tan yang direkodkan pada Mei 2021. Beliau berkata pengeluaran getah asli Malaysia pada Mei 2022 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 83.3 peratus manakala…

Posted on: 25/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Indeks Harga Pengguna naik 2.2 peratus pada Februari 2022

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2022 meningkat 2.2 peratus kepada 125.2 berbanding 122.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, didorong kenaikan inflasi makanan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikan itu melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga Februari 2022 (1.9 peratus). “Kenaikan inflasi makanan yang merupakan penyumbang terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP, terus menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Eksport getah Malaysia meningkat 46.3 peratus kepada RM71 bln pada tahun 2021

Malaysia mencatatkan prestasi eksport getah yang lebih baik untuk tahun 2021 dengan jumlah eksport sektor getah dan produk getah mencapai rekod tertinggi sebanyak RM71 bilion, meningkat 46.3 peratus daripada RM48.5 bilion pada 2020, kata Majlis Getah Malaysia (MRC) . Pada tahun 2021, barangan lateks menyumbang 91.8 peratus kepada jumlah eksport produk getah dengan sarung tangan getah menyumbang 88.9 peratus kepada jumlah eksport produk getah merekodkan RM54.8 bilion, melonjak 55.4 peratus daripada RM35.3…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 4.3 peratus pada Januari 2022

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) kekal positif dengan mencatat peningkatan 4.3 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan yang sama 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pengembangan IPP ini disumbangkan oleh kenaikan 6.8 peratus dalam indeks pembuatan dan 7.7 peratus dalam indeks elektrik, namun indeks perlombongan susut 5.1 peratus. “Dari segi perbandingan bulan ke bulan, IPP merosot 1.2 peratus, dipengaruhi oleh indeks pembuatan dan perlombongan,” katanya dalam kenyataan…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jualan perdagangan borong, runcit Malaysia meningkat 7.7 peratus pada Jan 2022

Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM120.5 bilion pada Januari 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). Peningkatan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang mencatatkan pertumbuhan positif 7.3 peratus kepada RM49 bilion, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perdagangan borong juga berkembang sebanyak 5.7 peratus tahun ke tahun kepada RM58.6 bilion sementara kenderaan bermotor melonjak 19.4…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Nilai jualan sektor pembuatan bagi Januari 2022 meningkat 13.1 peratus

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia bagi Januari 2022 berkembang 13.1 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM139 bilion berbanding bulan sama tahun pada 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Nilai jualan itu bagaimanapun susut 3.4 peratus berbanding bulan sebelumnya. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan pertumbuhan nilai jualan pada bulan tersebut dipacu oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau  yang menokok 20.6 peratus terutama dalam industri pembuatan produk makanan. “Pertumbuhan ini juga didorong…