E-placement untuk pegawai jawatan tetap dibuka pertengahan September
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka sistem e-placement iaitu e-Housemen, e-Dentist dan e-Pharmacist mulai pertengahan September (2022) bagi membolehkan pegawai membuat pemilihan sendiri penempatan secara dalam talian berikutan tawaran pelantikan secara tetap. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemakluman mengenai tarikh sistem tersebut mula dibuka akan dikemukakan kepada pegawai satu minggu lebih awal menerusi e-mel. “Tarikh kuat kuasa untuk pegawai melapor diri bertugas pula ditetapkan pada 17 Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khairy berkata seramai…