Kerajaan akan struktur semula ekonomi berlandaskan tiga keutamaan strategik
Kerajaan akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia MADANI. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan dan pengembangan ekonomi negara perlu dicapai dalam konteks yang lebih luas iaitu ekonomi manusiawi yang mengutamakan keperluan rakyat. “Khususnya kepada golongan miskin dan terpinggir serta membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang tidak terkawal yang…