Tag: ekonomi malaysia

Posted on: 29/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada suku kedua tahun ini

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus  kukuh pada suku kedua tahun ini, disokong oleh beberapa petunjuk ekonomi termasuk perdagangan yang meningkat sebanyak 43.4 peratus kepada paras tertinggi baharu berjumlah RM270.4 bilion. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, eksport turut meningkat sebanyak 38.8 peratus kepada RM146.2 bilion manakala import melonjak 49.3 peratus kepada RM124.2 bilion. “Pasaran buruh juga lebih baik dan kadar pengangguran menurun kepada 3.9 peratus pada Mei berbanding 5.0 peratus pada bulan sama pada 2020,”…

Posted on: 05/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022

Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada 5.5 peratus tahun ini, dipacu oleh pemulihan dalam permintaan domestik serta pengembangan eksport. Bagaimanapun, ia turut mengingatkan bahawa pertumbuhan itu berkemungkinan lebih perlahan kepada 4.8 peratus sekiranya keadaan global terus meruncing di tengah-tengah konflik ketenteraan Rusia-Ukraine, langkah mengetatkan dasar kewangan di Amerika Syarikat serta kelembapan struktur yang ketara di China. “Walaupun ekonomi dijangka berada di landasan pemulihan, faktor-faktor seperti COVID-19, inflasi makanan dan ancaman…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Eksport getah Malaysia meningkat 46.3 peratus kepada RM71 bln pada tahun 2021

Malaysia mencatatkan prestasi eksport getah yang lebih baik untuk tahun 2021 dengan jumlah eksport sektor getah dan produk getah mencapai rekod tertinggi sebanyak RM71 bilion, meningkat 46.3 peratus daripada RM48.5 bilion pada 2020, kata Majlis Getah Malaysia (MRC) . Pada tahun 2021, barangan lateks menyumbang 91.8 peratus kepada jumlah eksport produk getah dengan sarung tangan getah menyumbang 88.9 peratus kepada jumlah eksport produk getah merekodkan RM54.8 bilion, melonjak 55.4 peratus daripada RM35.3…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 4.3 peratus pada Januari 2022

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) kekal positif dengan mencatat peningkatan 4.3 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan yang sama 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pengembangan IPP ini disumbangkan oleh kenaikan 6.8 peratus dalam indeks pembuatan dan 7.7 peratus dalam indeks elektrik, namun indeks perlombongan susut 5.1 peratus. “Dari segi perbandingan bulan ke bulan, IPP merosot 1.2 peratus, dipengaruhi oleh indeks pembuatan dan perlombongan,” katanya dalam kenyataan…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Jualan perdagangan borong, runcit Malaysia meningkat 7.7 peratus pada Jan 2022

Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM120.5 bilion pada Januari 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM). Peningkatan itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang mencatatkan pertumbuhan positif 7.3 peratus kepada RM49 bilion, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata perdagangan borong juga berkembang sebanyak 5.7 peratus tahun ke tahun kepada RM58.6 bilion sementara kenderaan bermotor melonjak 19.4…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Nilai jualan sektor pembuatan bagi Januari 2022 meningkat 13.1 peratus

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia bagi Januari 2022 berkembang 13.1 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM139 bilion berbanding bulan sama tahun pada 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Nilai jualan itu bagaimanapun susut 3.4 peratus berbanding bulan sebelumnya. Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan pertumbuhan nilai jualan pada bulan tersebut dipacu oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau  yang menokok 20.6 peratus terutama dalam industri pembuatan produk makanan. “Pertumbuhan ini juga didorong…