Bayaran BKM Fasa 4 diawalkan bermula 15 November 2022
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bernilai RM2.1 bilion yang akan memanfaatkan 5.2 juta penerima, bakal dikreditkan ke akaun mereka secara berperingkat selama tiga hari bermula 15 November ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pembayaran itu pada asalnya dijadualkan dibuat pada Disember, namun dipercepatkan kepada minggu hadapan bagi membantu penerimanya membuat persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL), yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan ini.…