Tag: FIMI

Posted on: 29/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia raih nilai jualan RM158.7 juta di Marche Du Film, melangkaui sasaran RM50 juta

Penyertaan delegasi Malaysia di pasaran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film, di Cannes, Perancis bulan lepas membuahkan hasil memberangsangkan apabila berjaya memperoleh hasil keseluruhan nilai jualan sebanyak RM158.7 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM50 juta. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata nilai jualan itu merangkumi potensi jualan dan jualan yang telah dimuktamadkan. “Ini membuktikan bahawa industri kreatif tempatan sememangnya mempunyai nilai pasaran tersendiri jika semua pihak (kerajaan…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM akan segerakan MoU dengan negara ASEAN, tingkat pasaran industri termasuk perfileman

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa. Katanya untuk permulaan, memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha itu akan diwujudkan. “Semalam saya ada sebut dalam mesyuarat pascakabinet supaya inisiatif ini mesti segera dimulakan oleh kementerian dengan mewujudkan MoU dengan semua negara ASEAN, tetapi boleh didahulukan dengan negara-negara yang bersempadan. “Saya nak tengok ada…

Posted on: 15/04/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

FIMI wujudkan 10,000 peluang pekerjaan sehingga Januari 2022

Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) bagi merancakkan industri perfileman dan penggambaran negara yang terjejas akibat COVID-19 telah mewujudkan sebanyak 10,000 peluang pekerjaan sehingga Januari 2022. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkembangan projek FIMI, yang merupakan usaha kerajaan untuk menarik pelabur menjalankan aktiviti perfileman di Malaysia, juga bertepatan dengan seruan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengurangkan peratusan pengangguran disebabkan COVID-19.  “FIMI yang diteruskan sebagai sebuah…