Tag: Finas

Posted on: 29/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Malaysia raih nilai jualan RM158.7 juta di Marche Du Film, melangkaui sasaran RM50 juta

Penyertaan delegasi Malaysia di pasaran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film, di Cannes, Perancis bulan lepas membuahkan hasil memberangsangkan apabila berjaya memperoleh hasil keseluruhan nilai jualan sebanyak RM158.7 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM50 juta. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata nilai jualan itu merangkumi potensi jualan dan jualan yang telah dimuktamadkan. “Ini membuktikan bahawa industri kreatif tempatan sememangnya mempunyai nilai pasaran tersendiri jika semua pihak (kerajaan…

Posted on: 23/06/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM akan segerakan MoU dengan negara ASEAN, tingkat pasaran industri termasuk perfileman

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa. Katanya untuk permulaan, memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha itu akan diwujudkan. “Semalam saya ada sebut dalam mesyuarat pascakabinet supaya inisiatif ini mesti segera dimulakan oleh kementerian dengan mewujudkan MoU dengan semua negara ASEAN, tetapi boleh didahulukan dengan negara-negara yang bersempadan. “Saya nak tengok ada…

Posted on: 23/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Finas jadi peneraju utama selesaikan isu KWSP penggiat seni

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan dijadikan  sebagai  peneraju utama dalam menyelesaikan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan artis dan penggiat seni bebas. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Finas telah menyerahkan perancangan Pasukan Petugas Industri Kreatif kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebelum diteliti untuk penambahbaikan industri itu termasuk melibatkan kebajikan penggiat seni. “Di samping itu, cara lain kita hendak bincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kewangan (MOF)…

Posted on: 26/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

FINAS sedia peruntukan RM38 juta dana kandungan digital

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyediakan RM38 juta peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 di bawah Geran Dana Kandungan Digital (DKD) bagi membantu pengkarya filem berskala kecil mengetengahkan bakat dan karya mereka di platform over-the-top (OTT) seperti Netflix. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata antaranya adalah Dana Mikro Pengkarya berjumlah RM8 juta untuk penggiat industri filem tempatan dalam penghasilan karya melalui pembangunan kandungan kreatif dalam tempoh fasa pemulihan…

Posted on: 12/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Penyelia Protokol Penggambaran perlu pastikan artis, kru patuh SOP – FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengingatkan kepada semua Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilantik syarikat produksi masing-masing untuk memastikan artis dan kru mematuhi garis panduan ditetapkan. Unit Komunikasi Korporat FINAS dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan terdapat isu tular di portal dan media sosial berhubung kes jangkitan COVID-19 melibatkan syarikat produksi di sebuah lokasi penggambaran. “Penguat kuasa FINAS telah mengambil langkah proaktif bagi memantau aktiviti penggambaran filem di bawah…