Tag: industri

Posted on: 27/07/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pewartaan harga maksimum minyak masak ambil kira kepentingan pihak industri, kebajikan pengguna

Pewartaan harga maksimum minyak masak tulen dalam botol akan dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan pihak industri serta kebajikan pengguna, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid. “Kita buat ini (pewartaan) untuk jaga kedua-dua pihak (industri dan pengguna), kita tidak mahu peniaga tertekan dan merajuk… ini lagi susah. Selain itu, kita tidak mahu pengguna teraniaya. “Semuanya kena seimbang iaitu peniaga perlu berniaga dengan berhemah serta berwibawa…

Posted on: 30/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KKM sokong idea baharu trasformasi sistem penjagaan kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk menyokong mana-mana idea yang akan membantu mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan negara demi kebaikan rakyat, terutama dalam fasa endemik COVID-19. Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata komitmen ini  selaras dengan matlamat kementerian itu untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik dan untuk rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang sihat. “Kita juga perlu menyesuaikan diri kepada perubahan pantas era teknologi dengan tidak takut kepada perubahan tetapi menerimanya. Semua industri yang…

Posted on: 11/03/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 4.3 peratus pada Januari 2022

Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) kekal positif dengan mencatat peningkatan 4.3 peratus pada Januari 2022 berbanding bulan yang sama 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pengembangan IPP ini disumbangkan oleh kenaikan 6.8 peratus dalam indeks pembuatan dan 7.7 peratus dalam indeks elektrik, namun indeks perlombongan susut 5.1 peratus. “Dari segi perbandingan bulan ke bulan, IPP merosot 1.2 peratus, dipengaruhi oleh indeks pembuatan dan perlombongan,” katanya dalam kenyataan…

Posted on: 20/10/2021 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program Penjana, KPT-CAP bantu siswazah UPSI penuhi kehendak industri

Siswazah yang menyertai program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) yang julung kali diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, bakal memenuhi kriteria yang dikehendaki industri. Pengarah Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan  UPSI Dr Sharul Effendy Janudin berkata program yang bermula semalam hingga 29 Oktober dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan The Ship Campus itu adalah bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran siswazah…