Pelajar Malaysia gondol pingat emas pada pertandingan inovasi di Jerman
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman pada hari Sabtu. Mereka meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Oktober lepas. Empat pelajar terbabit ialah Athirah…