Tag: K-KOMM

Posted on: 17/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

KSU K-KOMM dilantik sebagai antara empat Penasihat Industri UKM

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik sebagai seorang daripada empat penasihat industri di Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB).  Watikah pelantikan Mohammad diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) K-KOMM Mastura Ahmad Mustafa, yang mewakili beliau, pada majlis pengiktirafan alumni UKM-GSB di sini semalam. Watikah itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM Profesor Datuk…

Posted on: 15/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Aduan integriti terhadap K-KOMM berkurangan tahun ini

Aduan integriti ke atas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah berkurangan kepada 20 aduan tahun ini berbanding 28 pada 2021, kata Ketua Setiausahanya Datuk Seri Mohammad Mentek.  Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh daripada Unit Integriti K-KOMM, sebanyak 31 aduan integriti dicatat pada 2020. “Daripada jumlah aduan itu, kesemuanya telah berjaya kita selesaikan,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Integriti K-KOMM tahun 2022 di sini, hari ini.  Beliau berkata K-KOMM serta…

Posted on: 11/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM tubuh pasukan petugas bersama polis tangani berita palsu semasa PRU15

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menubuhkan pasukan petugas (task force) berkuat kuasa serta-merta hari ini bagi memantau sebarang berita palsu yang tular di media sosial sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata pasukan itu akan dianggotai lebih 100 polis serta kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). “PDRM sudah membuat permohonan kepada saya untuk memberi peranti bagi task force ini dalam menangani berita palsu…

Posted on: 09/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

K-KOMM sasar selesaikan agihan PerantiSiswa November ini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyasarkan untuk menyelesaikan pengagihan baki hampir 100,000 permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diluluskan pada hujung bulan ini. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga semalam, lebih 200,000 set PerantiSiswa telah berjaya diagihkan kepada pelajar-pelajar terpilih. “Walaupun sasaran asal (selesaikan pengagihan) kementerian akhir tahun, tapi kita bawa ke depan sebelum hujung November semua yang telah lulus akan disampaikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan agak cepat…

Posted on: 07/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pembinaan 177 PEDi baharu sudah diluluskan

Pembinaan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu sudah mendapat kelulusan dan akan dibina seterusnya beroperasi menjelang tahun hadapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata beberapa syarikat juga telah disenarai pendek untuk urusan tender bagi projek tersebut. “Saya difahamkan dua atau tiga syarikat telah disenarai pendek dan terpulang kepada Jawatankuasa Perolehan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), untuk melantik satu atau dua daripada syarikat berkenaan. “Dijangkakan…

Posted on: 01/11/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian bagi mencari kaedah mengurangkan bebanan pemuzik jalanan termasuk isu bayaran royalti.  Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata  perbincangan itu melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. “Isu yang sedang menekan para pemuzik jalanan ketika ini ialah berkaitan bayaran tapak atau lesen dan juga royalti yang terpaksa mereka tanggung sedangkan kita tahu…

Posted on: 14/10/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pastikan liputan internet baik semasa PRU15

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diingatkan supaya memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan liputan Internet di pusat mengundi dan pusat penjumlahan undi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) adalah baik. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu perlu supaya SPR dapat melaksanakan tugas dengan baik, selain memastikan pelaporan berita dari lokasi terbabit berjalan lancar. “Kita telah minta supaya penyedia perkhidmatan telekomunikasi membuat semakan…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Pelaksanaan 5G kekal seperti yang dirancang

Kerajaan akan memastikan pelaksanaan 5G di Malaysia berjalan mengikut rancangan walaupun dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengambil keputusan untuk tidak mengambil kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB). Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata susulan penarikan dua syarikat tersebut rundingan dengan empat lagi MNO akan diteruskan dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi kerana akan membabitkan pengubahsuaian dalam dokumen perjanjian yang akan ditandatangani.  “Dua MNO buat…

Posted on: 03/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Program PerantiSiswa terima sambutan menggalakkan

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk  pelajar golongan B40 mendapat sambutan  menggalakkan dengan 90,000 permohonan pada fasa pertama dan kini mencecah 56,000 permohonan bagi fasa kedua. Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Ma Sivanesan berkata permohonan akan terus dibuka sehingga kerajaan mencapai sasaran pengagihan 350,000 peranti tablet. “Buat masa ini kita tetapkan 30 Sept tarikh akhir fasa kedua namun proses ini (akan digunakan) untuk membuat saringan…

Posted on: 02/09/2022 Posted by: Portal Maklumat Rakyat Comments: 0

Kerajaan ambil langkah ofensif, defensif, advokasi tangani masalah keselamatan siber

Kerajaan akan mengambil langkah ofensif, defensif serta advokasi dalam usaha menangani masalah keselamatan siber negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata selain penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) turut menubuhkan satu pasukan petugas untuk memperincikan perakuan-perakuan baharu terutama berkaitan undang-undang. “Kita telah memutuskan untuk membentuk satu pasukan petugas  untuk memperincikan perakuan-perakuan…